Monday, July 4, 2011

KDN Dinasihatkan Benteng Kemarahan Rakyat Dengan Keadilan Dan Perhatian, Bukannya Polis.

PAS mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertindak untuk mengharamkan Pertubuhan Bersih 2.0, yang terdiri daripada gabungan 62 NGO yang sah dan berdaftar 6 hari menjelang perhimpunan Bersih 2.0 Julai 9 ini.

PAS juga menyelar tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang telah menyalahgunakan kuasa yang ada dengan bertindak di luar batas undang-undang untuk mengharamkan Bersih 2.0 di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 kerana ia jelas bercanggah dengan dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat seperti yang dinyatakan peguam Hak Asasi Manusia, N Surendran.

PAS menghidu tindakan kerajaan BN untuk mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang tidak pernah didaftar semata-mata bertujuan supaya gabungan 62 NGO tersebut boleh dianggap pertubuhan haram bagi membolehkan KDN mengerahkan polis untuk bertindak ke atas pemimpinnya.

Tindakan ini dilihat langkah awal bagi melakukan tangkapan besar-besaran ke atas para pimpinan NGO yang menyokong Bersih 2.0 termasuk Pakatan Rakyat kononnya mencetuskan suasana gawat dalam negara; walhal jelas di mata orang awam bahawa Umno dan Perkasa merupakan pihak yang mencetuskan kontroversi dalam mengadakan perhimpunan Julai 9 ini.

PAS juga melihat tindakan KDN ini seolah-olah cuba mendapatkan keizinan perundangan ke atas tindakan yang bakal dilakukan.

Menteri Dalam Negeri sewajibnya bertindak dengan lebih profesional melayani kehendak rakyat ke arah sistem pilihanraya yang lebih baik dan adil daripada menumpukan kepada kerja untuk memburukkan Bersih 2.0.

Keyakinan rakyat kepada sistem pilihanraya yang bersih dan adil adalah asas keyakinan dan kesejahteraan negara.

KDN boleh mengarahkan polis untuk menghalang dari sudut fizikal, namun perlu diingatkan rasa tidak puas hati rakyat akan terus membara dan marak, sehingga ianya boleh mencetus pemberontakan dalaman. Sepatutnya ini yang perlu dinilai oleh KDN.

Sewaktu seorang gabenor memohon peruntukan tambahan kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz bagi membuat benteng bagi menahan pemberontakan rakyat terhadap pemimpin, Umar membalas surat permohonan gabenornya dengan katanya:

“Bentenglah kemarahan rakyatmu dengan keadilanmu, mendengar rintihannya, melayani aduan mereka; itu lebih teguh benteng daripada kota yang kamu cuba bina.”

Wahai KDN, ambillah iktibar daripada Umar bin Abdul Aziz sebelum terlambat.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man,

Ketua Penerangan PAS Pusat

Tuesday, June 21, 2011

Bersih 2.0 dan media

Oleh Man TK

“Pengharaman membaca Akhbar Utusan adalah menunjukkan sikap ketidakbukaan pembangkang” – Rais Yatim

Rais Yatim sedar ka sapa yang tidak bersikap terbuka?

Budak sekolah rendah pun tau beza suratkhabar Utusan dengan Sinar Harian. Tok sah duk banding la dengan Harakah sebab Harakah tu milik PAS, hanya dijual untuk orang PAS.
Bandingkan Utusan dengan Sinar.

Ketidak terbukaan Utusan tu yang Nampak jelas. Tindakan PAS boikot Utusan disebabkan oleh Utusan sejak sekian lama masih menyiarkan berita yang berat sebelah. Jika utusan hanya meyiarkan berita UMNO saja tak pa jugak, malah yang lebih teruk lagi Utusan menyiarkan berita peropaganda dan fitnah keatas PAS dan Pakatan Rakyat.
Kalau nak jadi surat khabar UMNO, apply la permit pernerbitan sebagai bahan cetak terbitan UMNO.
Lagi satu perkara, Rais Yatim sedar dak?.... keterbukaan media di Malaysia ni lebih teruk dari media di Myanmar.
Indeks kebebasan media Malaysia terus menjunam dari tahun ke tahun berbanding di kedudukan 92 pada tahun 2006, 124 (2007), 132 (2008), 131 (2009) dan 141 (2010).

Filipina terletak di tangga 93 dengan 46 mata dan Indonesia, di tangga 108 dengan 53 mata. Akhbar di kedua-dua negara dikategorikan sebagai 'separa bebas'. Akhbar di Thailand pula (tangga 138) dan Kemboja (141) adalah 'tidak bebas'.

'Berita baik' bagi Malaysia adalah ia disenaraikan di atas Singapura (150), Brunei (163), Vietnam (177), Laos (184) dan Myanmar (191).

Pada 2009, Malaysia berada di tangga 143, tetapi menunjukkan sedikit pencapaian pada tahun lalu dengan menduduki tangga 141.

Menurut kajian itu, 10 negara teratas adalah Finland, Norway, Sweden, Belgium, Iceland, Luxembourg, Andorra, Denmark, Switzerland, Liechtenstein, Belanda dan Palau.

Secara faktanya adalah sama, cara kawalan dan tindakan yang di ambil, tapi secara moralnya di Malaysia lebih teruk sebab Malaysia adalah sebuah negara demokrasi sedangkan di Myanmar sebuah negara yang di perintah oleh Junta tentera. Myanmar bukan sebuah negara demokrasi, ikut suka pemerintah dia la dia nak buat lagu mana. Itu standard negara diktator. Tapi bagi sebuah negara demokrasi, kalau ikut standard negara dictator… moralnya jauh lebih rendah sebab pemerintah nya ‘menjual’ nama demokrasi hanya untuk mempertahankan kuasa.

Pengawalan penerbitan satu bab, penggunaan kuasa akta polis dan akta hasutan tu satu bab. Perkara yang tak boleh dikawal dengan akta mesin cetak, kerajaan guna akta hasutan dan akta polis untuk mengambil tindakan keatas sesiapa saja yang meraka rasa mengancam mereka dengan alasan yang cukup ‘glamour’ iaitu mengancam keselamatan negara.

Penyebaran fitnah melalui TV1, TV2, TV3, NTV7 dan semua saluran Media Prima tidak pula diambil tindakan, padahal fitnah itu boleh menyebabkan orang rasa tidak selesa, tidak selamat dan tergugat. Apabila rakyat rasa tidak selamat dan tergugat maka akan mula lah kejadian turun ke jalanraya. Inilah yang sebenarnya mengancam keselamatan negara.

Antara fitnah yang sering dilemparkan oleh Media pro BN adalah PAS berkawan dengan DAP akan menyebabkan melayu hilang maruah.

Apakah DAP itu sebuah parti perkauman? Didalam DAP juga ada melayu islam. Kenapa DAP perlu dijadikan sebab melayu hilang maruah? Jika hendak dikaitkan dengan bangsa, media pro BN nil ah yang sebenarnya mengancam keselamatan negara kerana memainkan isu perkauman.

Ambil la tindakan keatas media-media ini sebelum menuduh Pakatan Rakyat mengancam keselamatan negara. Apakah tahap kebebasan media kita akan jatuh lebih rendah dari media di Myanmar?

Friday, June 17, 2011

Bersih 2.0 dan media maya

Himpunan Bersih 2.0 sudah diumumkan di muktamar 57 yang baru lepas. Sekarang semua orang duk kalut nak p dah.

Ada jugak yang tanya nak p tang mana? tak dak ka arahan macam Bersih 2007?

Walaupun aku kena sembuq masa p bersih 1997 dulu, tapi aku tetap nak p.... Kejayaan bersih dulu bukan terletak berjayanya kumpulan bersih berarak ke Istana Negara, tapi terletak kepada berjayanya BERSIH 2007 menarik perhatian negara malah dunia tentang kepincangan perjalanan Pilihanraya di malaysia.

Apa tuntutan bersih dulu?... antaranya ases kepada media.

Kita nak, kita juga ada capaian atau ada peluang menggunakan media untuk tujuan mempromosi manifesto kita... manifesto PAS waktu itu yang berteraskan negara berkebajikan.

Kali ni, aku rasa ases kepada media tetap tak akan di penuhi.. nak cari mampuih???
sapa yang nak bagi peluang kalau dia tau peluang tu bakal memusnahkan masa depan politik dia.

Kerajaan sudah mula menyekat beberapa ases kepada internet. Ases kepada internet di semua peremis kerajaan di tapis.... web2 berkaitan dengan Pakatan Rakyat di halang tapi ases kepada web2 umno di beri laluan. SKMM mula pantau blog2 yang pro PR, dan mungkin akan ada yang kena tangkap dan PC yang kena rampas.

Media memang memainkan peranan penting didalam pilihanraya, penguasaan media akan menjanjikan jumlah kempen yang berganda-ganda. Tuntutan untuk memberi peluang PR menggunakan media perlu di laungkan dengan lebih lantang.

Oleh itu, himpunan BERSIH 2.0 akan menjadi sejarah.

Monday, August 11, 2008

Padi oh padi


Padi....
Sedetik apabila melihat tangkai-tangkai padi melentok di tepi bendang, kamera dicapai dan gambar diambil. Betapa indah ciptaan Tuhan... SUBHANALLAH.

Tuesday, July 1, 2008

Eksploitasi wanita didalam iklan

Eksploitasi wanita didalam iklan memang jadi isu. Seringkali kumpulan pembela hak-hak wanita mengketengahkan isu ini. Mengapa ada pihak yang sanggup menjadikan wanita sebagai bahan pelaris dalam iklan mereka.

antara yang ketara adalah penggunaan wanita didalam lumba kereta atau motorskal. Gadis-gadis ini bukan menambahkan kelajuan kereta pun, tapi kenapa digunakan sebagai tukan pegang payung. Lain la kalau gadis pemegang payung ini Jurutera yang boleh memberi nasihat atau mengendalikan mesin tersebut.... adakah pelumba atau pemandu terasa ghairah dan memecut untuk mendapatkan wanita tadi?.... rasa pemandu dan peunggang tak tengok pun dan tak teringin pun kat mereka-mereka ni. Habis tu kenapa menggunakan wanita ini sebagai pemegang payung.

Itu baru satu contoh ekploitasi yang kecik... ada banyak lagi iklan2 lain yang menggunakan watak wanita sebagai 'pelaris' kepada iklan.

persoalannya apakah salah pihak pembuat atau kehendak pengguna yang mahukan iklan sebegitu? kalau iklan tak dak perempuan, maka iklan tu tak dapat sambutan... tapi kalau iklan ada perempuan umpama gadis payung maka ramai lah orang berpususu -pusu menyaksikan iklan tersebut umpama menyaksikan laga ayam zaman Siam perintah dulu.

atau salah perempuan tu yang menawarkan diri untuk iklan dan pakaian sedemikian.

soalan tergantung.. tiada siapa yang bersalah????

atau salah kilang TV yang buat tv supaya orang ramai boleh tengok iklan menyebabkan pasaran iklan melonjak naik.

kesian kat pekerja-pekerja kilang TV yang antaranya bekerja mencari nafkah untuk anak bini. Model iklan tadi juga mengungkapkan benda yang sama..."mencari rezeki yang halal untuk keluarga".

Monday, June 30, 2008

Keselamatan jalanraya dikalangan pelajar sekolah

Rutin setiap hari ketika menghantar anak kesekolah akan bertemu dengan ramai pelajar-pelajar sekolah yang berbasikal didalam kegelapan subuh mendayung kaki kesekolah.

Didalam kesamaran ada ketikanya matahari masih belum terbit, mereka berkayuh ditepi jalanraya utama tanpa sebarang tanda atau alat yang boleh membantu pengguna jalanraya lain melihat mereka.

Nyata sekali kesedaran keselamatan jalanraya dikalangan pelajar-pelajar ini amat rendah. Tidak ada langsung yang dibekalkan dengan alatan atau sekurang-kurang lampu belakang basikal bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidka diingini.

Ada ketika ketika masa mengejar kita yang kelewatan untuk tugas seterusnya akan sedikit terlalai menyaksikan kehadiran pelajar-pelajar ini. Namun setakat sekarang tidak pernah lagi kedengaran sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di waktu awal pagi begini.

Walau apa pun, siang tak selalunya terang, satu langkah perlu digiatkan agar pelajar-pelajar ini tidak menjadi mangsa kelalaian pengguna yang lain.

Apalah harganya sekeping pelekat balik cahaya yang seketika dulu di'wajibkan' kepada semua penunggang motosikal supaya dilekatkan di topi keledar. Pelekat ini boleh dipelbagaikan untuk dilekatkan di basikal bagi meninggakatkan daya penglihatan pengguna jalanraya yang lain di pagi hari.

Semoga luahan ini dapat mencetus idea yang lebih baik demi keselamatan mereka yang ada dianataranya adalah anak-anak kita.

Thursday, June 26, 2008

Slamat datang

Assalamualaikum,




selamat berkunjung ke Blog yang dizahirkan atas rasa ingin meluaskan pendapat.




aaz