Monday, June 30, 2008

Keselamatan jalanraya dikalangan pelajar sekolah

Rutin setiap hari ketika menghantar anak kesekolah akan bertemu dengan ramai pelajar-pelajar sekolah yang berbasikal didalam kegelapan subuh mendayung kaki kesekolah.

Didalam kesamaran ada ketikanya matahari masih belum terbit, mereka berkayuh ditepi jalanraya utama tanpa sebarang tanda atau alat yang boleh membantu pengguna jalanraya lain melihat mereka.

Nyata sekali kesedaran keselamatan jalanraya dikalangan pelajar-pelajar ini amat rendah. Tidak ada langsung yang dibekalkan dengan alatan atau sekurang-kurang lampu belakang basikal bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidka diingini.

Ada ketika ketika masa mengejar kita yang kelewatan untuk tugas seterusnya akan sedikit terlalai menyaksikan kehadiran pelajar-pelajar ini. Namun setakat sekarang tidak pernah lagi kedengaran sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di waktu awal pagi begini.

Walau apa pun, siang tak selalunya terang, satu langkah perlu digiatkan agar pelajar-pelajar ini tidak menjadi mangsa kelalaian pengguna yang lain.

Apalah harganya sekeping pelekat balik cahaya yang seketika dulu di'wajibkan' kepada semua penunggang motosikal supaya dilekatkan di topi keledar. Pelekat ini boleh dipelbagaikan untuk dilekatkan di basikal bagi meninggakatkan daya penglihatan pengguna jalanraya yang lain di pagi hari.

Semoga luahan ini dapat mencetus idea yang lebih baik demi keselamatan mereka yang ada dianataranya adalah anak-anak kita.

No comments: